Thursday, April 5, 2012

Bersyukur dpt Bljr dkt UNIMAS..!!

          Hmmm, sedar x sedar, aku dh jejak kan kaki aku hampir 2 bln dkt sini...masa kapal terbang "air asia" mula mendaratkan rodanya pada Lpgn Terbang Kuching, hati aku berdebar-debar...terasa sgt kegembiraan yg dpt digambarkan...mcm mana la agak nya keadaan aku study nnti? kwn2 ok tak dkt sini? agak2 kos yg aku amik dkt sini susah tak? mcm2 bermain dlm kotak fikiran, tp aku cuba yakin kan diri melangkah keluar dr pintu Kpal Terbang....setapak demi setapak kaki aku melangkah turun dari tangga sambil mata memandang ke segenap pelusuk kwsn Lpgn Trbng Kuching... walaupun jam sudah menunjukkan pkl 10am, masih kelihatan kabus2 putih yg melitupi sepenjuru kwsn lpgn terbang.. aku tersenyum keseorangan, seolah-olah mahu menjerit memberitahu bhw aku adalah pljr UNIMAS... mnymbung bidang pgjian Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia..!! 

         Dan, apabila aku melangkah masuk kwsn Airpot Kuching, aku dijemput oleh "usher" dari UNIMAS. terasa bangga krn dijemput dan diiring menaiki Bus UNIMAS yg sdng mennti kehadiran pljr2 baru utk dibawa pulang menetap di kwsn baru. Rasa diri ni mcm VVIP la pulak..sdngkan naik bus jer pon..hahaha.
Maka aku pon naik, terkejut aku melihat, dh byk org naik dlm bus tu, sedangkan aku la org last diorang tunggu...haha...maka, aku dibawa menuju ke kolej kediaman...rupa-rupanya, kwsn kolej dkt sgt dgn kwn fktli.. seronok x terkira...!!

        Hari pertama menjejak kan kaki, bermulalah sesi pendaftaran..tp, byk org x smpai lg...sesi Minggu Aluan Pelajar blom lg brmula...so, aku pun bertekad, utk jln2 sekitar kampus..biarlah aku mnjadi org pertama yg mengetahui kwsn2 kampus dan kolej...walupon brjln seorang diri...tp hati aku sikit pon x sunyi dek krn terkesima dgn keindahan-keindahan panorama sekitar UNIMAS..cantik...indah...strategik...sejuk mata memandang krn bangunan2 tinggi tidak berdiri dgn sndiri ttp masih lg didukung oleh flora & fauna...angin2 yg bertiup menenangkan jiwa & perasaan aku sehingga aku terlupa kisah2 pahit ketika bljr dulu...maka, bermulalah kehidupan pembelajaran utk kali ke-2... dimana aku brharap akan ada sinar kebahagiaan dan ke"enjoy"an disini...

       Pejam celik-pejam celik....aku dh sampai minggu peperiksaan Mid-Term pon...aku x terlalu tertekan menghadapi hari-hari disini...kwn2 byk memberi nasihat, dorongan, sokongan, buat lawak pada setiap masa.. aku dpt merasakan yg diri aku dihargai sbg seorang shbt...seolah-olah, mereka akan memastikan bhw tidak sedikit pun masa kesepian dlm hidup aku...





      Dan bermula lah cuti Mid-Sem....selama 10 hari..masih blom plan nk kuar brjaln-jln...tp, apa yg aku nk buat waktu cuti ni adalah menonton wayang dan brljn2 pusing Kuching....kalu boleh, nk kuar sorang2...nk menikmati sendiri keindahan kota Kuching....

      Okeh, smpai di sini sj perkongsian cerita berkenaan kehidupan aku di UNIMAS...khidupan bljr aku utk kali kedua di Universiti, dlm bidang Ijazah Sarjana Muda....keyakinan setiap hari mula bertapak dihati... membuatkan diri aku berani utk menempuhi hari demi hari yg akan berlalu nnti....mohon doa-doa kalian agar insan yg lemah ini dpt menamatkan pengajian dgn cemerlang, gemilang terbilang...UNIMAS moving forward...!!

No comments:

Post a Comment